Sunday 17 March 2013

Things in my head.

Since masuk sem 4 ni, tersangatlah busy mak aihhh. Dah takde cuti sabtu ahad. Kesemua hari yg ada fully booked ! Sabtu practical kat hatceri ikan, ahad pulak kat hatceri udang. Tu pun kene ulang alik & tekejar kejar sbb duty shared farm. Letih gila siak. Dengan assignment pun melambak-lambak. *stress* Sampai rasa nak study pun malas. Kalau boleh nak tdo jer memanjangggggg. Penat kannn. hmmmpphhh.

First thing is Semalam FISHBITE group pegi buat marketing research, for the last time before we start writing and buat slide. And personally aku nak say thank u laa utk nadia, weil & patrick sbb walaupun penat still kita sesama boleh pegi restoran, carik2 info utk market research. And personally jugak aku nak cakap yg aku BENGANG gila ngn jason. Sangat takde teamwork dlm diri dia. Dahla taknak join pegi buat market research tu dgn alasan sgt PENAT, then kitorg dpt tahu kau boleh pulak keluar dgn Ah cheng pegi makan2 n tdo kat lam kete jek. Tak balik bilik. Ni la kononnya penat kau kan? ehh c'mon la der, everyone pun tired kot. Nak consider penat aku, nadia n patrick yg dari hari jumaat duty, prepare tank utk keli, transfer air sana situ, tuka air white tank, dgn ade kelas lagi taim tu, kitorg pun non stop keje kot. Then hari sbtu prctical & hari ahad smbung balik duty, kerja smpai petang sbb ikan sakit. and bukan nak mengungkit isunya skrg, tp Ada kau consider tak benda tu? Sedangkan kau hari ahad cuti. Boleh rehat sewenang-wenangnya. Rehat laaa smpai lebam pun takpe kot. Ni la people nowadays, dah takde dah istilah susah senang bersama. Kalau kau susah, kau susah sorang2 jek. Tak perlu nak babitkan orang lain, eah? Adakah fikiran kau mcmtu Jason? Please lah, kerja bkumpulan, so bergeraklah as a group. Even kau dah takde hati nak jadi FISHBITE members, try consider other people feelings. Sangat penat dgn perangai kau macamni. hmmmphh :/

Next thing in my head now is Pergaulan bebas. pergaulan bebas remaja zaman skrg mcm dah takjadi satu isu kann. Semua orang pandang ianya as a trend. Trend ke? Takut aku skrg tgk kawan2 lama aku yg dulunya tersangatlah pemalu, tersangatlah baik hati, tersangatlah takut dgn lelaki, and semua yg tersangat positif lah change into tersangat punya negative. kenapa eah? kenapa boleh jadi mcmtu? pengaruh sekeliling ke? and yg sekeliling tu pulak terpengaruh dari sape? haihhh serabut serabut. I got a childhood friend yg penah telanjur, yang pernah lari dr rumah ikut pakwe, n mcm2 laaa. And dorang2 ni masih lagi in contact ngan aku. Kadang2 ada mintak pandangan itu dan ini, but then pandangan yg aku bg tu sekadar jadi hiasan jela. Tak pernah jugak nak berubah. hmm, walaupun dorang tu dah jadi mcmtu, aku takdela ada rasa nak menyisihkan ke, tknak kwn ke, apa ke kat dorang, Just aku harap2 sangat one day, dorang akan kembali ke pangkal jalan. And aku sentiasa berdoa & berharap jugak semoga aku tak terpesong dgn kehidupan duniawi yg penuh dgn hiburan ni. Walaupun amalan & imanku tidaklah seteguh mana, semoga Allah sentiasa kuatkan hati aku utk lawan segala nafsu2 dunia. Aminn.

Alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak meluahkan apa yg ada dlm kpale ni. Hahahaha !

"Behind smile is a tears"

Assalamualaikum :)






No comments:

Post a Comment